Hubungan Di Antara Kreativiti Dan Ilmu Pengetahuan

Hubungan Di Antara Kreativiti Dan Ilmu Pengetahuan
Menurut Weisberg (2002), secara umumnya terdapat dua pandangan yang cuba menjelaskan hubungan di antara pengetahuan dan kreativiti. Pandangan yang pertama mendakwa bahawa terdapat hubungan yang tidak serasi di antara pengetahuan dan kreativiti. Hubungan yang tidak serasi bermaksud pengetahuan dan kreativiti mempunyai kaitan yang longgar malahan pengetahuan mungkin menjadi penghalang kepada kreativiti seseorang individu. Terdapat beberapa orang pakar yang beranggapan demikian, di antaranya ialah James (1908) dalam Simonton (1984). Begitu juga dengan De Bono(1968) yang berpendapat bahawa pengetahuan yang terlalu banyak dalam sesuatu bidang boleh membataskan kreativiti kerana seseorang individu itu mengetahui dengan begitumendalambagaimana sesuatu itu harus dilaksanakan sehingga individu tersebut tidakmampu untukmelepaskan diri dari kerangka pengetahuan tersebut untuk melahirkan idea baru.

Kajian yang dijalankan oleh Simonton (1984) turut menyokong pandangan yangmenyatakan bahawa pengetahuan yang terlalu banyak dalam sesuatu bidang bolehmembataskan kreativiti. Simonton (1984) telahmenganalisa hubungan di antara pencapaian kreativiti yang luar biasa dengan tahap pendidikan formal(Weisberg, 2002). Simonton (1984) telah menganalisa kehidupan 300 orang individu yang unggul dan dilahirkan di antara tahun 1450 dan 1850. Simonton telah menentukan peringkat pendidikan formal yang telah dilalui dan dicapai oleh setiap individu yang unggul tersebut dan dibandingkan dengan markah keunggulan yang diperolehi. Markah keunggulan diberi berdasarkan ruang yang diperuntukkan bagi individu yang unggul di dalam bahan-bahan rujukan piawai seperti jurnal dan lain-lain lagi. Simontonmendapati bahawa apabila keunggulan diplot sebagai satu fungsi kepada peringkat pendidikan formal yang telah dicapai, hubungan di antara keunggulan dan perinkat pendidikan formal berbentuk garismelengkung seperti huruf Uterbalik dengan puncak hubungan berlaku sewaktu individu terbabit sedangmengikuti ijazah sarjana muda. Menurut Simonton lagi tambahan masa latihan atau pengajian, contohnya mengikuti programsarjana akan diikuti dengan kejatuhan dalam tahap keunggulan.Oleh itu kesimpulan boleh dibuat bahawa tahap ilmu yang tinggi terutamanya apabila seseorang itu seseorang itumengikuti program sarjana mempunyai kesan yang negatif terhadap kreativiti (Weisberg, 2002).

Walaupun pandangan yang pertama ini disokong oleh tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang kreativiti seperti, De bono (1968), Guilford (1950), Simonton (1984) dan lain-lain lagi, pandangan ini bukanlah pandangan yang popular dan diterima ramai. Sebaliknya, kebanyakan ahli psikologi bersepakat menyatakan bahawa terdapat hubungan positif di antara ilmu dan kreativiti.  Pandangan yang kedua inimenyatakan bahawa kemampuan seseorang individu itu untukmenghasilkan idea yang kreatif sangat bergantung kepada kedalaman dan keluasan pengetahuan yang dimilikinya dalam sesuatu bidang.

Salah seorang tokoh yang lantang menyatakan terdapat hubungan yang positif di antara kreativiti dengan ilmu ialahWeisberg (1999). Menurut Weisberg (1999) kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa sebelumseseorang individu itumampumenghasilkan produk yang benar-benar boleh dianggap kreatif, individu tersebutmestilah terlebih dahulu telahmencapai tahap pakar dalam bidang yang diceburi. Tambah beliau lagi, kebiasaannya tempoh yang panjang iaitu sepuluh tahun atau lebih diperlukan untuk sampai ke tahap tersebut.Beliau telahmemetik kajian yang dilakukan oleh Hayes (1989), yang telahmelakukan kajian ke atas 76 orang pengubah lagu yang terkenal dan telah dapat memastikan dengan tepat bilakah ke semua pengubah lagu tersebut memulakan pengajian dalam bidangmuzik. Hayes (1989) mendapati bahawa hampir kesemua pengubah lagu tersebut memerlukan tempoh masa sepuluh tahun dari semenjakmerekamemulakan kajian dalam bidangmuzik sehinggalah saat mereka mengubah lagu yang diiktiraf sebagai kreatif. Weisberg (1999) berpendapat bahawa masa yang panjang dan mencukupi diperlukan untuk memperolehi ilmu dan kemahiran dalambidang yang diceburi.

Satu persoalan yang menarik untuk dicari jawapannya ialah apakah yang berlaku dalam tempoh sepuluh tahun tersebut?Weisberg (1999)membuat spekulasi bahawa pelbagai aktiviti penting yang akan menjadi asas kepada penghasilan idea dan produk kreatif berjalan secara senyap dalam tempoh sepuluh tahun tersebut. Tambah beliau lagi dalam tempoh yang senyap itu individu yang kreatif itumenjadi begitu asyik dengan disiplin yang diceburinya. Salah satu aktiviti yang berlaku dalam tempoh tersebut ialah latihan yang disengajakan dan dirancang untuk meningkatkan pencapaian atau prestasi dalam sesuatu kemahiran. Tempoh latihan untukmenjadi pakar dan seterusnya menghasilkan pencapaian inovatif adalah lama, kerap kali masanyamenjangkau sehingga 10,000 hingga 20,000 jam (Howe, 1999).

Howe (1999) pula berhujah, bahawa idea-idea baru tidak dijana dari kekosongan atau vakum. Tambah beliau lagi terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pencipta dalam sesuatu bidang telah menggunakan pengetahuan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh sezaman dengan mereka. Sebagai contohnya, adik beradik Wright yang mencipta kapal terbang telah memperolehimaklumatmengenai perkembangan ilmu penerbangan yang berlaku di sekeliling mereka untuk diserapkan ke dalam usaha mereka sendiri untuk mencipta kapal terbang (Howe, 1999).

Amabile (1983) turut menyedari kepentingan pengetahuan dalam menghasilkan produk yang kreatif. Beliau menyatakan bahawa salah satu komponen penting yang perlu ada sebelum sesuatu produk kreatif dapat dihasilkan ialah kemahiran dalam bidang atau domain yang berkaitan. Bagi Amabile (1983) kemahiran domain yang berkaitan termasuklah pengetahuan mengenai fakta-fakta, kemahiran teknikal dan bakat yang istimewa dalamsesuatu domain atau domaian yang diceburi. Tambah beliau lagi, secara umumnya kemahiran domain yang berkaitan akan membawa kepada peningkatan dalam kreativiti dengan syarat maklumat-maklumat domain yang berkaitan disusun dengan sesuai di dalam minda.

Dapatan kajian mengenai peranan yang dimainkan oleh para mentor dalam melahirkan individu-individu unggul turut juga menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk kreatif. Zuckerman (1977) telah mengkaji para saintisAmerika Syarikat yang telah memenangi hadiah Nobel di antara tahun 1901 sehingga 1972. Beliau mendapati bahawa lebih separuh daripada 94 pemenang hadiah Nobel itu telah bekerja di bawah pemenang hadiah Nobel yang lain baik sebagai siswazah sarjana atau pembantu. Semasa ditemu bual pemenang-pemenang hadiah Nobel ini menyatakan bahawa mereka telahmenimba pelbagai ilmu pengetahuan dari mentor mereka terutamanya dari sudut teknik-teknik saintifik, cara-cara memikirkan sesuatumasalah dan membezakan di antara masalah yang penting dan kurang penting.
Blog, Updated at: 23.16

0 komentar :

Poskan Komentar

Popular Posts